Dinyatakan bumi MALA Ur atau Tanah Malayu dan orang Malayu Semenanjung (termasuk Malayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi MALA (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh (Manasye) yang dikisahkan di dalam Book Of Mormon itu. Book Of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan. Menasseh (Manasye) adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut: Reuben Issachar Zebulun Dan Naphtali Gad Asher Simeon Ephraim Manasseh Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Manakala Nabi Allah Yusuf (Joseph) AlayhisSalam, selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Allah Ya’akub (Jacob) AlayhisSalam dengan isterinya Rahil (Rachel). Nabi Allah Ya’akob AlayhisSalam, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari 2 hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran: Reuben (dilahirkan Leah) Simeon (dilahirkan Leah) Levi (dilahirkan Leah) Judah (dilahirkan Leah) Dan (dilahirkan Bilhah) Naphtali (dilahirkan Bilhah) Gad (dilahirkan Zilpah) Asher (dilahirkan Zilpah) Issachar (dilahirkan Leah) Zebulun (dilahirkan Leah) Joseph (dilahirkan Rachel) Benjamin (dilahirkan Rachel) Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka: Reuben Judah Issachar Zebulun Dan Naphtali Gad Asher Benjamin Ephraim Manasseh Simeon Levi Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Allah Ya’akob AlayhisSalam) mengurniakan hak 2 bahagian kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Berikutan kemangkatan Nabi Allah Sulaiman (King Solomon) AlayhisSalam, Bumi Canaan terbahagi 2 wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel. Judah (Yahudza atau Yahuda) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada “Children Of Judah” atau Bani Yahudza. Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau “Children Of Israel”) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya. Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children Of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza atau Yahuda) adalah: Nabi Allah Daud AlayhisSalam, Nabi Allah Sulaiman AlayhisSalam, Nabi Allah Zakaria AlayhisSalam, Nabi Allah Yahaya AlayhisSalam, dan Nabi Allah Isa AlayhisSalam. Sementara itu, MALAYU juga langsung dari keturunan Bani Ibrahim (bangsa Hebrew) melalui perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Keturah (atau Saffurah) “Ibu Malayu” dari keturunan bangsawan MALAYU kemboja dari cabang keturunan Ham (sebagaimana Hajar juga), sementara Sarah (sepertimana Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam sendiri) dari cabang keturunan. Sam serta Ham, dan saudara mereka yang lain, Yafid (atau Japheth), adalah 3 putera Nabi Allah Nuh AlayhisSalam yang terselamat dari banjir besar untuk menurunkan 3 cabang keturunan utama manusia sejagat di mana masing-masing dikenali dengan nama: bangsa Semite, Hamite, Dan Yafid. Dengan Keturah, Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dikurniakan 6 orang putera yang diantaranya Madyan (Midian). Nabi Allah Shuib AlayhisSalam adalah Nabi bangsa Hebrew dari Bani Madyan. Putera-putera lain Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dengan Keturah adalah: Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, dan Shu’ah Maka begitulah dikatakan Malayu terawal yang terlebih dahulu menduduki dan membina tamadun MALAYU di Tanah Malayu ini adalah langsung dari keturunan Bani Ibrahim. Tidak hairanlah jika berlaku keturunan Bani Ibrahim dari cabang kecil Bani Israel, umpamanya, untuk datang kemudiannya ke “bumi bertuah” Tanah MALAYU bertujuan mencari dan bersatu dengan saudara jauh untuk mendapat perlindungan dan menumpang senang di sini. Rajah salasilah Bani JAWI yang menurunkan bangsa MALAYU ini bukan saja mengaitkan orang-orang MALAYU dengan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dan Nabi Allah Shuib AlayhisSalam, Malah Nabi Allah Musa AlayhisSalam (dari perkahwinan Nabi Allah Musa AlayhisSalam dengan puteri Nabi Allah Shuib AlayhisSalam), Dan Nabi Allah Sulaiman AlayhisSalam juga, selain Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam adalah cucu dari Nabi Allah Ishaq AlayhisSalam. Silsilah lengkapnya adalah Yusuf bin Yaʿqub bin Ishaq bin Ibrahim bin Azar bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Falij bin 'Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh AlayhimSalam. Nabi Allah Yusuf AlaihisSalam merupakan putera ke-11, Nabi Allah Yaʿqub AlayhisSalam. Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam mempunyai ibu yang dikenali sebagai Rahil (Rahel) dengan adiknya, Bunyamin (Benyamin). Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menikah dengan seorang gadis yang bernama Ashenath kemudian memiliki 2 orang anak yang bernama Manessa (Manasye/Manasseh) dan Ephiraim (Efraim). Sedangkan Ibnu Katsir dalam kitabnya yang berjudul Qishashul Anbiya’ menuliskan bahwa Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menikahi Ra’il binti Ra’ayil, janda dari Qithfir, kemudian lahirlah 2 orang putra, yakni: Afrayim (Efraim) dan Mansa (Manasye). Qithfir bin Rawhib adalah salah satu pembesar dari Mesir kuno yang hidup di dalam kisah Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Qithfir dikatakan sebagai suami dari Zulaikha, sedangkan dilain kisah ia bernama Ra’il binti Ra’ayil (Ra’el binti Ra’ael). Sedangkan kebanyakan ulama yang berhati-hati lebih suka menyebutnya seperti yang disebutkan Allah dalam Al-Qur’an yaitu Imra’atul Aziz. Kaum bani JAWI atau bangsa JAWI juga banyak persamaan dengan kerenah bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manasye bein Joseph (dialek Hebrew), anak Nabi Allah Yusuf Alayhis Salam cucu kepada Nabi Allah Yacob Alayhis Salam. Terdapat satu pertembungan DNA bani JAWI dengan Manasye ketika baginda berkahwin dengan perempuan bani JAWI dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Zulkarnain. Lihat statement di National DNA Analysis Center Central Forensic Science Laboratory 30 Gorachand Road, Kolkata – 700014 India. Abstract Background The Kuki-Chin-Mizo population comprising traditionally endogamous tribal groups residing inthe state of Mizoram, India claim their descent from the ten lost tribes of Israel that were exiled by the Assyrians. To ascertain their oral history, we analysed DNA markers comprising 15 autosomal microsatellite markers, 5 biallelic and 20 microsatellite markers on Y-chromosome and the maternally inherited mitochondrial DNA sequence variations on 414 individuals belonging to 5 tribal communities from Mizoram (Hmar, Kuki, Mara, Lai and Lusei). The genetic profiles obtained were compared either with populations sharing Jewish ancestry orwith local populations along the probable route of migration of the Jewish ancestry claimantMizoram tribes. Results Y-STR analyses showed absence of the Cohen Modal Haplotype, the genetic signature ofCohanim origin. Y-chromosomal biallelic marker analyses revealed the presence of East andSoutheast Asian-specific lineages and absence of haplogroup J predominant among Jewishpopulations. The mitochondrial DNA sequence analyses however revealed traces of geneticelatedness between the Jewish ancestry claimant Mizoram tribes and Near Eastern lineages. Autosomal analyses showed moderate degree of genetic differentiation among the differentMizoram tribes. Conclusions Migration of the lost tribes through China resulting in subsequent genetic admixture over along period of time has probably diluted the extant gene pool of the Kuki-Chin-Mizopopulation. Although their paternal lineages do not exhibit any trace of Jewish ancestry, incidence of maternal Near Eastern lineages among the Mizoram tribals suggests their claim toJewish ancestry cannot be excluded. Background Contemporary Jewish communities spread across Asia, Europe and North Africa trace their origins to ancient Judea and Israel. However, historical records that attribute these Jewishpopulations to the early dispersals from ancient Israel are often under dispute. Moreover, theorigins of a number of minority populations that claim Jewish ancestry are seldom welldocumented. Prolonged geographic separation of these groups has led to variations in religious practices and languages that fail to throw up similarities that would indicate shared ancestries. Interactions with local populations have also contributed towards diluting the purportedancestry of these Jewish populations. The Kuki-Chin-Mizo population inhabiting the northeastern state of Mizoram in India, claim to be descendants of one of the ten lost tribes of Israel. Although historical records attributing to their Jewish ancestry are absent, their oral traditions and socio-cultural procedures present striking parallelism with Judaism. According to their oral history, these tribes are said to have entered Mizoram, India from adjacent Myanmar. Although ethnically they are of Mongoloid descent and speak Tibeto-Burman languages, their tradition ascribestheir origin to B’nai Menashe – a remnant of the ancient Israelite tribe of Menasseh. Further support arises from their socio-cultural and oral histories: 1. The tribes observe 3 festivals in a year similar to Jews. 2. Funeral rites, birth and marriage ceremonies of the tribes reflect analogy with ancient Judaism. 3. Local legend describes presence of scattered remnants of the lost Jewish tribe of Menashe more than 1,000 years ago in a cave in China that then made its way across Thailand into India. According to Hranglien Songate, the tribes entered China after passing through Afganistan and Baluchistan. The ten lost tribes: Reuven, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Issachar, Zebulun, Ephrain, Menasseh and Levi of ancient Israel were taken up as captives by Assyrians in 722 BC and taken to Persia following their exile in 457 BC. In 331 BC when Alexander the Great conquered Persia, Afghanistan and India, these tribes were sent away to Afganistan and other countries. The later migrations are said to have taken place eastwards through Hindukush until they reached the Tibetan region and China. In China, they were forced to serve as slaves. Thus the process of assimilation and subjugation had started and the forefathers of the Kuki-Chin-Mizo population are believed to be those who had resisted the assimilation and had madetheir way south through Thailand to Burma, India and Bangladesh. According to oraltestimonies only a small part of the current Kuki people are originally related to the tribe of Menasye. The descendants of Menasye are supposed to have been assimilated by Kukiinvaders at the end of 15th century in northeastern India. Baca kenyataan DNA → pdf-The Tribe Of Manasseh Ben Joseph https://www.scribd.com/fullscreen/43686604?access_key=key-121e7f6dfn643bka7473 Bani JAWI atau bangsa JAWI terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. JAWI atau JIWI ikut bahasa sanskrit Ji = satu & Wi = Tuhan. yakni maksud nya bangsa yang percaya kepada 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung DUNIA ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang SATU ? Di dalam banyak kitab tafsir menyatakan bahawa warna kulit Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam berwarna kuning langsat dan bangsa MALA YU berasal dari Tibet seperti Raja Malai yang datang dari Himalaya dan memerintah Langkasuka. Sementara itu, ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah MALAYU, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah EMAS. Peta Dunia Ptolemy Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Allah Sulaiman AlayhisSalam diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Menariknya Gunung Ledang di selatan Semenanjung itu lebih terkenal dengan nama Mount Ophir oleh masyarakat silam antarabangsa. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. Apapun, salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi MALA ini. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe Of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormonini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book Of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen Pendapat beliau Semenanjung Tanah Malayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi MALA yang diperihalkan dalam Book Of Mormon itu.
Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Malayu) di Tanah MALAYU (Bumi MALA) dengan Bani Israel. Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit di India, sedikit di Myanmar, sedikit di China, sedikit di Jepun, sedikit di Filipina, sedikit di Western Samoa, sedikit di Tonga, sedikit di Ecuador, sedikit di Madagascar dan sedikit di Hawaii.
5 Comments
RA Johnette
3/29/2019 11:00:28 pm
Assalamualaikum Jamaliah. Please contact me. I would like to understand in depth regarding subject matter relating to this article. Thank you.
Reply
halu
8/31/2019 09:45:03 pm
sebenarnya antara manaseh dan ephraim.. ephraim yang dijanjikan keturunannya untuk mewarisi bumi..
Reply
Halu
8/31/2019 09:49:03 pm
kemudian satu lagi dengan yoktan (qahtan) melalui ofir..
Reply
Muhammad
8/25/2020 12:18:50 pm
01150788887
Reply
Leave a Reply. |
AUTHORJamaliah bt Yusof bin Yacob |